Isnin, 23 Ogos 2010

Wah. Lately aku asyik dengar cerita ganas tentang budak sekolah je. Gila berani diorang ni semua. Tak puas hati, terus je belasah. Sampai mati pun ada. Gila berani!

Aku bengang sebenarnya dengan budak-budak macam ni. Selamat aku bukan cikgu. Kalau tak, mungkin aku antara cikgu yang cepat kene heart attack kot. Lagila dengan saiz aku yang macam ni, sesuai dibuli murid je agaknya.

Terbaru ni, video budak Form 5 kena belasah dengan senior Form 6. Kat Sarawak. Menyirap je aku tengok. Melampau! Apa kau ingat tu anak semut ke hapa nak belasah ikut suka hati bapak tiri laki mak kau je kan? Ingat kau hebat sangat la. Umur baru 18 tahun, berlagak macamla kau dah hidup berpuluh tahun atas muka bumi ni. Tu yang aku nak cakap, spender pun mak beli, ada hati nak berganas-ganasan. Hish. Meluatnya.

Lepas tu, tak berapa lama dulu, aku dengar cerita sikit lebih kurang. Pasal budak sekolah belasah budak sekolah sampai mati. Dan, puncanya (part punca ni yang tak boleh blah), BEREBUT AWEK!!!! Mak aih. Lagi aku hangin. Woi budak, tolonglah. Takde maknanya yang kau beria-ia bercinta bagai nak rak pastu kau konfem sangat kau kawen ngan dia. Adoila. Tolongla, spender pun mak beli, ada hati nak berebut anak dara orang. Poyonya!

Aku tak pernah bercinta di zaman sekolah. Tapi tipulah jugak if aku takde admire orang kan. Tapi man-man la weh. Ni, result exam kau tah la okay tah tidak. Bercinta pulak kau lebih-lebihkan. Tu tak masuk lagi kau mintak duit mak bapak kau nak top up dan siap top up kan awek kau yang tercinta tu. Hish. Melampau. Mak bapak susah-susah kerja, senang hati kau bazirkan duit dengan benda tak berapa berfaedah.

Tak pasal-pasal dah masuk hal bercinta pulak ni. Ya, aku admit. Cinta itu ibarat kentut, tak boleh ditahan-tahan. Tapi, percayalah, possibility utk kau kawen dgn bf/gf zaman sekolah kau tu tersangatla tipisnya. Lepas sekolah, dia masuk IPT, jumpa orang lain pulak. Baru la dia nampak ada orang lain yang lebih best daripada kau. Jadi, tak payahlah nak dok susah payah tak tentu pasal utk mereka. Walhal, kau sendiri pun masih mak bapak tanggung. (tu yang aku nak cakap, spender pun mak kau beli, ada hati nak tanggung anak dara orang). Mak ayah hantar kau ke sekolah, belajar la sungguh-sungguh. Jangan nak dok khayal ngan cinta monyet 24 jam. Bila result exam kau sangkut, ingat mak bapak bf/gf kau suka sangatla nak buat kau jadi menantu dia. Tolongla sikit. Aku tak nafikan, ada budak-budak yang bercinta, tapi result exam masih gempak. Yang tu bagusla. Tapi, rasanya, boleh kira kot berapa orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan